Pelajar cemerlang SPM, STPM 2025 terima komputer riba, SSPN RM1,000

LocalTechnology
24 Aug 2026 • 7:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar cemerlang SPM, STPM 2025 terima komputer riba, SSPN RM1,000
Ahmad Farhan menyampaikan Serahan Peranti Siswa dan Sijil SSPN Prime kepada salah seorang pelajar Cemerlang SPM 2025 Peringkat Negeri Pahang 2026 di sini pada Isnin. Foto FB AHMAD FARHAN
Image from: Pelajar cemerlang SPM, STPM 2025 terima komputer riba, SSPN RM1,000
Ahmad Farhan menyampaikan ucapan sempena Program Sejahtera Madani (Pendidikan): Majlis Serahan Peranti Siswa dan Sijil SSPN Prime kepada Pelajar Cemerlang SPM 2025 Peringkat Negeri Pahang 2026 di sini pada Isnin. Foto FB AHMAD FARHAN
Image from: Pelajar cemerlang SPM, STPM 2025 terima komputer riba, SSPN RM1,000
Antara pelajar cemerlang SPM,STPM 2025 penerima Serahan Peranti Siswa dan Sijil SSPN Prime kepada Pelajar Cemerlang SPM 2025 Peringkat Negeri Pahang 2026 di sini pada Isnin. Foto FB AHMAD FARHAN

KUANTAN - Seramai hampir 150 pelajar cemerlang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dan lima lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2025 diraikan pada Program Sejahtera Madani (Pendidikan): Majlis Serahan Peranti Siswa dan Sijil SSPN Prime kepada Pelajar Cemerlang SPM 2025 Peringkat Negeri Pahang 2026 di sini pada Isnin.

Penerima dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan dari seluruh negeri Pahang masing-masing menerima sebuah komputer riba dan Sijil Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime bernilai RM1,000 daripada PerbadananTabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata, melalui sumbangan komputer riba dan sijil SSPN Prime yang disumbangkan itu dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Menurutnya, sumbangan itu sebagai satu kemudahan untuk membantu mereka dalam perjalanan menuntut ilmu, khususnya apabila melangkah ke alam pengajian tinggi kelak.

"Program Peranti Siswa salah satu usaha kerajaan Madani untuk memastikan pelajar khususnya daripada keluarga yang memerlukan mempunyai akses kepada kemudahan digital bagi menyokong proses pembelajaran dan pendidikan mereka.

"Dengan adanya komputer riba, pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran, jurnal, buku digital, kursus dalam talian, melakukan penyelidikan dan berhubung dengan dunia ilmu yang jauh lebih luas," katanya dalam ucapan sempena majlis itu di sini pada Isnin.

**media[3625110]**

Ahmad Farhan berkata, usaha seperti itu diharap dapat terus diperkasakan kerana pelaburan yang paling penting untuk masa depan negara adalah pelaburan kepada pendidikan dan pembangunan modal insan

"Negara memerlukan anak-anak muda yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi mempunyai integriti, keberanian, daya tahan, empati dan rasa tanggungjawab kepada masyarakat.

"Kita mahu melahirkan generasi yang bukan hanya mencari pekerjaan, tetapi mampu mencipta pekerjaan.Bukan hanya menjadi pengguna teknologi, tetapi mampu mencipta teknologi.

"Selain itu, kita bukan hanya melihat pembangunan negara, tetapi menjadi sebahagian daripada mereka yang membangunkan negara," ujarnya.

Dalam ucapan itu, beliau turut berpesan dan menasihati penerima yang akan melangkah ke alam pengajian tinggi agar sentiasa menghormati ibu bapa serta pensyarah.

**media[3625109]**

"Jaga solat dan hubungan dengan ALLAH, belajar bersungguh-bersungguh serta pilihlah rakan yang baik serta dapat membimbing ke arah kejayaan.

"Besar harapan untuk melihat adik-adik penerima berjaya dalam pelajaran, bersama-sama membangunkan negara dan mungkin ada yang akan menjadi pimpinan pada masa hadapan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved