Pelajar dikhuatiri lemas mandi di tasik buatan

1 Oct 2026 • 8:17 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Mandi di tasik buatan

KLANG: Seorang pelajar tingkatan tiga dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas selepas dikatakan mandi bersama enam rakannya yang lain di sebuah tasik buatan dekat Bandar Botanik, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.21 petang tadi.

“Komander operasi melaporkan seorang mangsa dikhuatiri lemas semasa melakukan aktiviti mandi-manda bersama rakan. Mangsa seorang lelaki.

“Kerja-kerja pencarian mangsa sedang dijalankan termasuk menggunakan kaedah selaman,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu pihaknya menggerakkan sepasukan tujuh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan Shah Alam bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah kenderaan utiliti operasi ringan (LOV). – UTUSAN

The post Pelajar dikhuatiri lemas mandi di tasik buatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved