

KLANG – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang remaja lelaki yang dikhuatiri lemas di sebuah tasik buatan di Bandar Botanik di sini berakhir dengan penemuan mayat mangsa pada kedalaman satu meter malam ini.
Jasad mangsa yang berusia 15 tahun itu dijumpai pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada pukul 8.21 malam selepas hampir dua jam operasi SAR dimulakan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, siasatan mendapati mangsa mandi seorang diri di tasik tersebut.
Katanya, rakan-rakan mangsa kemudian cuba menyelamatkan remaja itu, tetapi tidak berjaya.
“Mangsa ditemukan pada kedalaman kira-kira satu meter dari permukaan air. Pengecaman ke atas mayat mangsa ibu oleh ibu bapa remaja tersebut,” katanya.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE
The post Remaja mandi seorang diri ditemukan lemas di tasik buatan appeared first on Kosmo Online.






