Pelajar Kolej Didakwa bunuh Bayi Perempuan Baru Lahir

7 Aug 2026 • 11:53 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pelajar Kolej Didakwa bunuh Bayi Perempuan Baru Lahir

Pelajar Kolej Didakwa bunuh Bayi Perempuan Baru Lahir

KLUANG, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang pelajar kolej dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya di sebuah rumah di sini, minggu lepas.

Nurshazwen Mohd Idris, 19, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Baca juga:

Mengikut pertuduhan, Nurshazwen didakwa membunuh bayi perempuan yang dilahirkannya di sebuah rumah di Jalan Setia Mutiara 2/6, Taman Setia Mutiara di sini pada kira-kira 10 pagi, 29 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh dan menetapkan 8 Okt depan bagi sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia, psikologi dan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sebelum ini, polis menahan pasangan kekasih yang juga pelajar kolej masing-masing berusia 19 tahun bagi membantu siasatan kes bunuh bayi perempuan yang ditemukan dengan beberapa kesan tikaman di mangkuk tandas sebuah rumah sewa.

Pelajar itu juga melahirkan bayi perempuan di sebuah hospital selepas doktor yang membuat pemeriksaan mendapati terdapat satu lagi bayi kembar masih berada di dalam kandungannya.

Semalam polis membebaskan teman lelaki kepada pelajar berkenaan bagi dijadikan saksi pendakwaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved