Pelajar Kolej Tesdec maut, motosikal dirempuh lori

8 Sep 2026 • 8:01 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar Kolej Tesdec maut, motosikal dirempuh lori

MARANG – Gara-gara membuat pusingan U, seorang pelajar Kolej Tesdec maut selepas motosikal jenis Honda C100 dinaikinya dirempuh sebuah lori di Jalan Bukit Kor berhampiran Kampung Rhu Rendang, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1.10 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Afiq Izzuddin Azhar, 18, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Saari Mohamed berkata, sewaktu kejadian, motosikal ditunggangi Muhammad Afiq Izzuddin dan lori yang dipandu lelaki berusia 34 tahun dikatakan menghala ke pekan Marang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dikatakan tiba-tiba membuat pusingan U untuk berpatah balik. Lori yang berada di belakangnya gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Saari berkata, Muhammad Afiq Izzuddin yang berasal dari Kuala Berang, Hulu Terengganu itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar Kolej Tesdec maut, motosikal dirempuh lori appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved