Remaja 12 tahun maut motosikal rempuh belakang lori di Gurun

4 Sep 2026 • 9:17 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Remaja 12 tahun maut motosikal rempuh belakang lori di Gurun

SHAH ALAM, 4 SEPT: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun maut selepas motosikal dinaikinya merempuh bahagian belakang sebuah lori di Jalan Gurun-Jeniang, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata kemalangan kira-kira jam 2 petang itu membabitkan sebuah lori dan motosikal ditunggang remaja lelaki berusia 14 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lori berkenaan bergerak perlahan untuk berhenti apabila sebuah kenderaan tidak dikenal pasti di hadapannya membrek secara mengejut susulan lampu isyarat merah, lapor Berita Harian.

“Pemandu lori cuba mengelak ke laluan susur kiri sebelum terdengar dentuman dari arah belakang sebelah kiri.

“Pemeriksaan mendapati motosikal dinaiki dua mangsa melanggar bahagian belakang lori,” katanya dalam kenyataan.

Hanyan berkata pembonceng berusia 12 tahun ditemukan tersepit pada tayar belakang lori dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Penunggang motosikal pula mengalami kecederaan ringan selepas terjatuh di atas jalan raya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved