Pelajar lelaki 16 tahun tidak mengaku rogol rakan perempuan

7 Oct 2026 • 1:46 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar lelaki 16 tahun tidak mengaku rogol rakan perempuan

PARIT – Seorang pelajar lelaki tingkatan empat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merogol rakan perempuan berusia 13 tahun di sebuah rumah terbiar, bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 16 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam prosiding yang dijalankan secara tertutup.

Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa telah merogol mangsa di sebuah rumah terbiar berhampiran sebuah sekolah di Bota, dalam daerah Perak Tengah pada pukul 4 petang, awal September 2026.

Pertuduhan terhadap remaja itu dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, R. Jayasri manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Nurafiqah Abd Aziz.

Nurul Izalina kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin bersama syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Mahkamah menetapkan 10 November depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar lelaki 16 tahun tidak mengaku rogol rakan perempuan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved