Pelajar tembak mati datuk, nenek sebelum ‘serang’ sekolah

7 Aug 2026 • 3:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelajar tembak mati datuk, nenek sebelum ‘serang’ sekolah

BANGKOK: Suspek kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di Bangkok dipercayai membunuh datuk dan neneknya sebelum menembak mati sekurang-kurangnya enam mangsa lain.

Polis Negara Thailand berkata suspek menggunakan pistol milik datuknya untuk membunuh pasangan warga emas itu sebelum pergi ke Sekolah Debsirin Nonthaburi di wilayah Nonthaburi dan menembak mati tiga guru serta tiga pelajar.

Puluhan anggota polis dan petugas kecemasan berkumpul di luar sekolah berkenaan, manakala ibu bapa bergegas mengambil anak masing-masing selepas kejadian itu.

Pelajar dan kakitangan sekolah yang sebak turut dilihat saling menenangkan antara satu sama lain.

“Saya takut akan mati dan bimbang tidak dapat mengejar impian saya. Saya mendengar banyak bunyi tembakan dengan kuat kerana suspek dipercayai berada di tingkat betul-betul di atas kami. Saya malah dapat mendengar bunyi peluru mengenai lantai,” kata pelajar tingkatan lima, Pawarisa Maylissa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Polapee Suwunchwee, berkata 15 pelajar yang cedera tidak terkena tembakan, sebaliknya mengalami kecederaan ketika cuba melarikan diri.

Media tempatan yang memetik pihak berkuasa melaporkan suspek merupakan pelajar sekolah berkenaan dan turut maut dalam kejadian itu.

Sesetengah laporan menyebut suspek ditembak mati polis, manakala laporan lain mendakwa dia membunuh diri.

“Ini kejadian yang amat menyedihkan. Ia tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana perkara seperti ini boleh berlaku di negara kita?” kata Perdana Menteri Anutin Charnvirakul kepada pemberita di Rumah Kerajaan di Bangkok.

Gambar yang diterbitkan media tempatan menunjukkan suspek memakai pakaian seragam sekolah berwarna ungu dan membawa beg silang berwarna hitam, dengan beberapa kelongsong peluru kelihatan di atas tanah.

Thailand mempunyai antara kadar pemilikan senjata api tertinggi di rantau ini, dengan kira-kira 10 juta senjata api dianggarkan berada dalam edaran, iaitu satu bagi setiap tujuh penduduk.

Janji sebelum ini untuk memperketat undang-undang berkaitan senjata api bagaimanapun belum berjaya menghalang kejadian tembakan berulang di negara itu.- AFP

The post Pelajar tembak mati datuk, nenek sebelum ‘serang’ sekolah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved