Pelajar Oxford Dari Singapura Jadi Perhatian, Mampu Bertutur 11 Bahasa!

Entertainment
16 Jul 2023 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kebanyakan dari kita mampu bertutur dalam dua atau tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Mandarin atau Korea jika anda merupakan peminat muzik K-Pop atau K-drama.

Namun, seorang pelajar Oxford yang berasal dari Singapura ini pula ternyata lebih hebat kerana dia mampu bertutur dalam 11 bahasa!

image is not available

Pelajar yang dikenali sebagai Jonas Fine Tan yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi dan linguistik itu boleh bercakap dalam bahasa Inggeris, Mandarin, bahasa Melayu, Tagalog, Tamil, Thai, Sepanyol, Portugis, bahasa Itali, bahasa Vietnam dan Hokkien! Banyak tu!

Kebolehannya bertutur dalam bahasa-bahasa tersebut telah dikongsikan di TikTok oliversoxford baru-baru ini.

Dalam video yang berdurasi selama seminit 29 saat itu, Tan telah mendedahkan bahawa dia boleh bertutur dalam 11 bahasa setelah ditanyakan oleh TikToker Oliver itu.

Menurut Tan, dia mampu bertutur begitu banyak bahasa kerana dia memang minat untuk belajar bahasa asing sejak dari sekolah menengah dan dia sendiri menyifatkan bahawa ia pada mulanya bermula sebagai hobi.

image is not available

Memetik laporan Mothership.sg, pelajar yang berusia 23 tahun itu juga tahu bertutur dalam bahasa Melayu kerana ibunya ialah seorang Peranakan.

Memang hebat la!

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.