Pelajar perempuan ditahan kes jumpa mayat bayi di rumah sampah IPT

25 Jul 2026 • 11:03 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar perempuan ditahan kes jumpa mayat bayi di rumah sampah IPT

KUALA LANGAT – Sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) di sini, dikejutkan dengan penemuan mayat seorang bayi di rumah sampah asrama kawasan itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd. Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan, kira-kira pukul 12.20 tengah hari.

Jelasnya, mayat bayi yang dibalut dengan kain ditemukan lelaki itu di rumah sampah blok asrama IPT tersebut.

“Susulan itu, polis berjaya mengenalpasti dan menahan seorang pelajar perempuan berusia belasan tahun. Kita percaya suspek adalah ibu kepada bayi itu namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya, pagi ini.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222 atau balai polis berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar perempuan ditahan kes jumpa mayat bayi di rumah sampah IPT appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved