Pelajar sekolah maut nahas di Cyberjaya

6 Nov 2026 • 9:43 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar sekolah maut nahas di Cyberjaya

CYBERJAYA – Seorang pelajar sekolah swasta maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai hilang kawalan dan terbabas di Jalan CV 4 Cyber Valley, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun itu dalam perjalanan dari sebuah sekolah antarabangsa menuju ke rumahnya pada 6.30 petang sebelum motosikalnya hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di atas permukaan jalan raya.

“Akibat daripada kemalangan itu, penunggang motosikal tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh penolong pegawai perubatan Hospital Cyberjaya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat dan diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis menasihati orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan pihak polis,” katanya.

Norhizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat semasa kejadian itu berlaku diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Amira Abu Hassan menerusi talian 019-602 6596 atau 03-8777 4264. – BERNAMA

The post Pelajar sekolah maut nahas di Cyberjaya appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved