Pelajar SMK Za’ba maut: Senior 16 tahun ditahan bantu siasatan

26 Sep 2026 • 12:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar SMK Za’ba maut: Senior 16 tahun ditahan bantu siasatan

SEREMBAN – Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian pelajar lelaki berusia 14 tahun di sebuah asrama sekolah di Kuala Pilah, malam tadi.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam sebelum mangsa dibawa ke Hospital Kuala Pilah dan disahkan meninggal dunia.

“Susulan kejadian tersebut, pihak polis telah menjalankan siasatan segera di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan telah menahan seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun.

“Pihak polis juga sedang meneliti semua fakta dan bukti bagi menentukan punca dan motif sebenar kejadian,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, polis pada masa sama menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kerana tindakan itu boleh menjejaskan siasatan serta privasi keluarga pelajar yang terlibat.

“Pihak polis memandang serius sebarang kejadian keganasan yang melibatkan pelajar khususnya kejadian yang mengakibatkan kehilangan nyawa,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, polis turut menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan.

Menurut Alzafny, keutamaan polis adalah memastikan siasatan dijalankan secara profesional, menyeluruh dan berdasarkan bukti bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menuntut tindakan segera dan tegas dilakukan susulan kematian seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba, Kuala Pilah, yang didakwa menjadi mangsa buli.

Asyraf Wajdi berkata, beliau amat terkesan dengan kejadian yang menimpa Muhammad Idlan Fareeq Shahril, malam tadi.

Kementerian Pendidikan pada masa sama turut mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian pelajar berkenaan. – KOSMO! ONLINE

The post Pelajar SMK Za’ba maut: Senior 16 tahun ditahan bantu siasatan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved