Pelajar maut di asrama: Polis rekod keterangan 21 individu

26 Sep 2026 • 5:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar maut di asrama: Polis rekod keterangan 21 individu
Setakat ini punca kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh.

SEREMBAN - Polis telah merekodkan keterangan 21 individu, termasuk pelajar, guru, dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pelajar lelaki di Kuala Pilah, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, setakat ini punca kematian Muhammad Idlan Fareeq Shahril yang berusia 14 tahun masih belum diperoleh.

"Punca kematian belum dapat ditentukan pada masa ini, dan masih menunggu keputusan ujian lanjutan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Alzafny berkata, seorang pelajar Tingkatan Empat direman enam hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai satu kejadian mendatangkan kecederaan terhadap pelajar berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Kuala Pilah.

KES PELAJAR MAUT DI ASRAMA

Mangsa telah dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah, dan disahkan meninggal dunia.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam semalam di sebuah asrama sekolah menengah di daerah Kuala Pilah.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved