Seorang Rakyat Malaysia Maut, Rakan Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Yala

9 Aug 2026 • 7:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Seorang Rakyat Malaysia Maut, Rakan Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Yala

Seorang Rakyat Malaysia Maut, Rakan Cedera Parah Dalam Kemalangan Di Yala

YALA, 9 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warga Malaysia maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang ditunggang mereka terlibat dalam kemalangan di kawasan Bannang Sareng, daerah Mueang Yala, pada petang Sabtu.

Ketua Polis Mueang Yala, Kolonel Polis Chatchai Sakdee, berkata siasatan awal mendapati mangsa gagal mengawal motosikal yang dinaiki sebelum merempuh tiang elektrik.

"Pembonceng motosikal berusia 20 tahun dari Perlis meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala penunggang berusia 22 tahun dari Kuala Kedah, Kedah mengalami cedera parah," katanya ketika dihubungi hari ini.

Chatchai berkata mangsa yang cedera kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Pusat Yala dan masih tidak sedarkan diri.

Baca juga:

Sementara itu, pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla yang mengesahkan kewarganegaraan kedua-dua mangsa memaklumkan pihaknya masih menunggu waris tampil bagi menguruskan dokumentasi berkaitan mangsa yang meninggal dunia.

Difahamkan, kedua-dua mangsa merupakan pelajar tahfiz di Pondok Padang Pusu, daerah Yarang, Pattani, dan sedang dalam perjalanan ke pusat pengajian berkenaan sebelum kemalangan itu berlaku.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved