Pelajar Tingkatan Dua jatuh bangunan sekolah

17 Jul 2026 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Pelajar Tingkatan Dua jatuh bangunan sekolah
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian serius insiden pelajar yang terjatuh tersebut.

KOTA KINABALU - Seorang pelajar Tingkatan Dua dilaporkan terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di Papar, baru-baru ini.

Bagaimanapun, pelajar tersebut telah menerima rawatan di hospital dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius serta berada dalam keadaan stabil.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dalam kenyataan berkata, pihaknya mengambil perhatian serius insiden pelajar yang terjatuh tersebut.

"Pihak sekolah telah mengambil tindakan segera dengan memberikan bantuan awal, memaklumkan pihak keluarga dan pihak polis serta mengawal kawasan kejadian bagi mengelakkan suasana panik.

"Mangsa telah menerima pemeriksaan dan rawatan di hospital.

"Berdasarkan laporan perubatan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil.

"Siasatan awal pihak sekolah mendapati tiada unsur jenayah atau buli dalam kejadian ini," katanya pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu lagi, kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan emosi mangsa terus diberi perhatian melalui pemantauan berterusan.

"Sokongan psikososial dan emosi diberikan kepada mangsa dan warga sekolah yang terkesan.

"JPN Sabah akan memberikan kerjasama penuh terhadap proses siasatan yang sedang berjalan oleh pihak berkuasa," katanya.

Kenyataan itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih dan boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan kesejahteraan mangsa, keluarga dan seluruh warga sekolah.

Sebelum itu, sebuah akhbar tempatan melaporkan kejadian dipercayai berlaku di sekolah yang sama melibatkan insiden Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved