Pelajar Tingkatan Empat Maut Ditikam Rakan Sekolah di Petaling Jaya

LocalPolitics
14 Oct 2025 • 7:17 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

PETALING JAYA – Seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di sini disahkan meninggal dunia selepas ditikam oleh seorang pelajar lelaki pada pagi Selasa.

Kejadian tragis itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9.30 pagi apabila suspek, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua, dikatakan membawa senjata tajam dipercayai pisau sebelum menikam mangsa.

Memetik laporan Sinar Harian, pihak polis kini masih berada di lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut, manakala butiran penuh insiden dijangka akan dimaklumkan dalam sidang media awal yang dijadualkan di lokasi.

Setakat ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya bersama pasukan penyiasat dilaporkan sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden berkenaan.

Tragedi ini turut mengejutkan warga sekolah dan masyarakat setempat, yang berharap agar kejadian seumpama ini tidak berulang serta menyeru pihak berkuasa mempertingkat langkah keselamatan di kawasan sekolah. – The Malaysian Update

The post Pelajar Tingkatan Empat Maut Ditikam Rakan Sekolah di Petaling Jaya appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved