Pelajar Tingkatan Enam terima elaun RM2,500 bermula semester pertama 2027

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 2:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pelajar Tingkatan Enam terima elaun RM2,500 bermula semester pertama 2027

NIBONG TEBAL – Kira-kira 90,000 pelajar Tingkatan Enam dijangka mula menikmati Elaun Sara Hidup berjumlah RM2,500 setiap seorang bermula semester pertama tahun depan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penyaluran bantuan itu akan dilakukan selepas proses pendaftaran pelajar selesai bagi memastikan mereka menerima elaun berkenaan secepat mungkin.

Menurutnya, bantuan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 itu akan diagihkan secara berperingkat sepanjang tiga semester pengajian.

“Sebaik sahaja pendaftaran anak-anak pelajar Tingkatan Enam selesai, kita akan sampaikan bantuan tersebut segera.

“Insya-Allah, tahun depan pada semester pertama mereka akan mula mendapat elaun tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia di Taman Widuri, di sini hari ini.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, bantuan itu merupakan antara langkah kerajaan bagi meringankan keperluan pelajar sepanjang mengikuti pengajian di peringkat Tingkatan Enam.

Katanya, inisiatif tersebut turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam menyediakan sokongan kepada pelajar selain meningkatkan kualiti Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2027 mengumumkan pemberian Elaun Sara Hidup RM2,500 kepada pelajar Tingkatan Enam, yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 90,000 pelajar.

Kadar bantuan itu menyamai elaun yang diberikan kepada pelajar matrikulasi.- KOSMO! ONLINE

The post Pelajar Tingkatan Enam terima elaun RM2,500 bermula semester pertama 2027 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved