Pelajar Tingkatan Satu Cedera Terjatuh Bangunan Sekolah

6 Oct 2026 • 2:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pelajar Tingkatan Satu Cedera Terjatuh Bangunan Sekolah

KULIM, 6 Okt (Bernama) -- Seorang pelajar lelaki tingkatan satu cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga di sebuah sekolah di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintenden Syamsul Sinring berkata kejadian berlaku pada 3.30 petang dan pelajar berusia 13 tahun ditemukan terbaring di aras bawah berhampiran tangga Blok E sekolah.

“Kejadian disedari seorang guru yang memaklumkan guru penolong kanan sesi petang sebelum menghubungi polis.

“Guru itu memaklumkan pelajar itu masih sedarkan diri dan boleh bercakap semasa ditemui sebelum dihantar ke Hospital Kulim,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Syamsul berkata pelajar itu dipercayai mengalami tekanan berkaitan pencapaian akademik selain bimbang tidak dapat memenuhi harapan ibu bapanya menjelang peperiksaan.

Baca juga:

“Namun siasatan lanjut masih dijalankan dan beberapa individu termasuk ibu bapa pelajar itu telah dipanggil untuk memberikan keterangan,” katanya.

Syamsul berkata remaja itu masih dirawat di zon merah Hospital Kulim dan mengalami kecederaan serius termasuk pendarahan pada otak dan patah tulang muka.

“Pelajar itu juga patah tulang rusuk pertama sebelah kiri, mengalami kecederaan pada kedua-dua belah paru-paru, kecederaan limpa, patah tulang pelvis serta patah kedua-dua kaki,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved