Pelajar Tingkatan Satu Ditemukan Parah Di Sekolah Kini Sedar - Fadhlina

LocalHealth & Fitness
6 Oct 2026 • 8:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Pelajar Tingkatan Satu Ditemukan Parah Di Sekolah Kini Sedar - Fadhlina

Pelajar Tingkatan Satu yang ditemukan terbaring parah berhampiran tangga sebuah sekolah di Daerah Kulim Bandar Baharu, Ahad lalu, dilaporkan sudah sedarkan diri.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, pelajar berkenaan kini sedang menerima rawatan serta pemantauan rapi di hospital.

“Saya mengikuti rapat perkembangan anak ini sejak dimaklumkan mengenai kejadian.

“Mohon semua doakan kesembuhan anak ini. Berikan juga ruang kepada keluarga dan pihak berkuasa sementara siasatan masih berjalan.

“Dalam mengejar pencapaian anak-anak, jangan sampai kita terlepas pandang apa yang sedang mereka tanggung dalam diam. Semoga dipermudahkan semuanya,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial, hari ini.

Sebelum ini, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang Ahad lalu, pelajar lelaki berkenaan ditemukan terbaring di aras bawah berhampiran tangga Blok E sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, kejadian itu disedari seorang guru yang kemudian memaklumkannya kepada guru penolong kanan sesi petang sebelum polis dihubungi.

Menurutnya, ketika ditemukan, pelajar berkenaan masih sedar dan boleh bercakap sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan.

Baca juga:

Fadhlina turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan pelajar berkenaan serta memberikan ruang kepada keluarga dan pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved