Pelajar Tingkatan Satu Terjatuh Bangunan Sekolah Gara-gara Kemurungan Lepas Putus Cinta

1 Nov 2025 • 2:14 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah sekolah di Shah Alam dilaporkan cedera selepas terjatuh dari bangunan sekolahnya semalam.

Pelajar tersebut difahamkan telah terjatuh dari tingkat satu bangunan sekolahnya itu.

Menurut Berita Harian, pelajar tersebut cedera pada kaki, dahi dan kini telah berada dalam keadaan stabil dan sedar.

Kejadian tersebut telah disahkan oleh Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim iaitu Ketua Polis Daerah Shah Alam.

Pelajar Tingkatan Satu tersebut difahamkan bertindak sedemikian kerana mengalami kemurungan akibat putus cinta dengan teman lelakinya iaitu pelajar Tingkatan Dua di sekolah yang sama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Gambar Hiasan Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.