Pelajar Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) Kini Wajib Mengambil Subjek AI

WorldTechnology
12 Aug 2026 • 2:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelajar Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) Kini Wajib Mengambil Subjek AI

Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam sektor pendidikan ialah isu yang masih didebatkan. Ada yang percaya penggunaan AI menghasilkan graduan yang tidak boleh berfikir sendiri. Wujud juga kelompok yang percaya AI boleh digunakan sebagai alat pembelajaran yang perlu diintegrasikan bagi menyediakan graduan untuk cabaran dunia masa depan.

Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) kini mewajibkan semua pelajar sarjana muda mengambil sekurang-kurangnya dua kursus AI sebelum tamat pengajian, tanpa mengira bidang yang diambil. Pelajar akan menerima akses ChatGPT Edu secara percuma bagi menyokong inisiatif yang dipercayai dapat membantu pelajar apabila mereka memasuki tenaga kerja.

Image from: Pelajar Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) Kini Wajib Mengambil Subjek AI

Antara modul yang perlu diambil ialah “AI Generatif Gunaan: Daripada Gesaan kepada Penilaian” sebelum kemudiannya mengambil modul yang berkenaan dengan bidang yang diambil. Misalnya penggunaan AI dalam membentuk polisi awam bagi pelajar sains politik.

NUS bekerjasama dengan OpenAI untuk menguji alat AI lanjutan dalam kursus tertentu. Universiti juga sedang membangunkan 7 alat AI sendiri untuk kegunaan dalam kuliah.

Langkah diambil NUS selari dengan yang telahpun dilakukan di China dengan penggunaan AI telah dimulakan sejak di bangku sekolah rendah. Tenaga pengajar baharu di China telah diwajibkan untuk mengambil kursus menggunakan AI dalam bilik darjah. Di Malaysia, Kementerian Pendidikan sudah menyatakan hasrat memperkenalkan subjek penggunaan AI di sekolah rendah bermula 2027.

Penerimaan penggunaan AI di Asia dilihat lebih terbuka berbanding di negara Barat. Kami telah laporkan sebelum ini, , University of Chicago Law School mengharamkan penggunaan telefon, tablet dan komputer dalam kelas oleh pelajar tahun pertama bagi menentang penggunaan AI. Di Stanford University pula, pelajar menarik diri daripada kelas selepas ujian diwajibkan dilakukan dalam kelas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved