Pelajar Universiti Tempatan Ditemui Lemas Di Tasik Dalam Kampus

15 Jun 2024 • 1:48 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelajar ditemui lemas di tasik dalam kampus

Pelajar Universiti Tempatan Ditemui Lemas Di Tasik Dalam Kampus. Dipetik dari portal berita tempatan, seorang pelajar lelaki Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS telah ditemui lemas di tasik dalam kampus berkenaan yang terletak di Kota Samarahan pagi tadi.

Menurut Laporan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak, mangsa ditemui terapung dalam tasik dengan jarak 3 meter dari tebing berdekatan sebuah jambatan di kampus berkenaan.

image is not available
Pelajar Universiti Tempatan Ditemui Lemas Di Tasik Dalam Kampus. Kredit foto: FB Berita RTM Sarawak

image is not available
Kredit foto: FB Berita RTM Sarawak

Laporan diterima pagi hari ini

Laporan mengenai mangsa telah diterima pada pukul 8.32 pagi tadi dan anggota bomba bertindak dengan menarik mangsa ke tebing atas kebenaran pihak Polis untuk mengesahkan kematian mangsa dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang turut berada di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa oleh pihak Polis ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat.

Kejadian masih dalam siasatan polis.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: