Pelajar UPSI lemas cuba selamatkan rakan di air terjun Kedondong

11 Jan 2026 • 8:59 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

Seorang pelajar UPSI lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya di air terjun Kedondong, Batang Kali

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan rakannya.

Kejadian berlaku di kawasan air terjun Kedondong, Batang Kali petang tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.46 petang.

Enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

Mangsa, seorang lelaki berusia lingkungan 20-an, ke lokasi bersama lima rakannya.

“Saksi kejadian memaklumkan mangsa cuba menyelamatkan rakannya sebelum dibawa arus deras,” katanya dalam kenyataan.

Anggota berjaya menemukan mangsa 10 meter dari tempat kejadian.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

Rakan mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian itu.

Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.