Pelakon Lelaki Ambil Tindakan Undang-Undang Selepas Difitnah Curang Dan Miliki Anak Luar Nikah

Entertainment
21 Jun 2026 • 11:02 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Indonesia, Rizky Billar mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang didakwa menyebarkan fitnah mengenai dirinya di media sosial.

Tindakan itu dibuat selepas suami kepada penyanyi dan pelakon, Lesti Kejora, menjadi sasaran pelbagai dakwaan termasuk berlaku curang, mempunyai anak luar nikah serta mahu menamatkan perkahwinannya.

Advertisement
View this post on Instagram

Enam Akaun Media Sosial Dilaporkan Kepada Polis

Menurut laporan media Indonesia, Rizky telah membuat laporan terhadap sekurang-kurangnya enam pemilik akaun media sosial yang dipercayai terlibat dalam penyebaran maklumat palsu mengenai dirinya.

Peguam yang mewakili Rizky berkata tindakan tersebut diambil bagi mempertahankan reputasi serta maruah keluarganya.

View this post on Instagram

“Ini merupakan tindakan mempertahankan nama baik dan martabat keluarga klien kami, Rizky Billar,” katanya.

Nafikan Hubungan Dengan Asila Maisa

Dalam masa sama, Rizky turut menafikan dakwaan yang mengaitkannya dengan seorang wanita dikenali sebagai Asila Maisa.

Beliau juga menolak tuduhan kononnya mempunyai anak luar nikah serta merancang untuk bercerai dengan isterinya.

“Sebanyak enam pemilik media sosial telah dikenal pasti menyebarkan berita palsu tentang klien kami curang, ada anak luar nikah dan mahu bercerai.”

“Ada yang menggunakan AI dan akaun-akaun ini kebanyakannya hanya mahu mencari keuntungan,” ujar peguamnya.

Boleh Berdepan Hukuman Penjara

Difahamkan, kes tersebut kini dalam perhatian pihak berkuasa dan individu yang terlibat berpotensi berdepan tindakan undang-undang sekiranya didapati bersalah.

Menurut laporan, mereka boleh dikenakan hukuman denda serta penjara antara lima hingga 15 tahun bergantung kepada kesalahan yang dilakukan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff aziz2026-06-21 08:34:14

"Kau Buat Hal, Aku 'Backup' Kau Selama Ni" - Usahawan Dedah Aliff Aziz Buat 'Hal', Tipu Duit

The post Pelakon Lelaki Ambil Tindakan Undang-Undang Selepas Difitnah Curang Dan Miliki Anak Luar Nikah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.