Pelakon Lelaki Didakwa Pukul Wanita, Dapat Injuksi – “Peguam Saya Bagus, Nanti Akan Tahu Hal Sebenar”

LocalEntertainment
5 Sep 2026 • 6:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Ammar Alfian nekad meneruskan tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah terhadapnya sehingga menjejaskan nama baiknya.

Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd. Zakri, 38, berkata, kes berkenaan masih berjalan di mahkamah dan dijadualkan untuk perbicaraan pada Januari 2027.

Advertisement
View this post on Instagram

Justeru, dia memilih untuk tidak mengulas terlalu lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya tak nak cakap banyak tentang kes ini sebab masih berjalan di mahkamah, perbicaraan dijadualkan pada Januari 2027.

Menurut Ammar, pihaknya sebelum ini telah memperoleh injunksi yang mengarahkan wanita terbabit menjauhinya.

“Pihak saya sudah menang injunction (injunksi) supaya dia menjauhi saya. Tapi saya dengar dia masih bercakap mengenai saya secara terbuka,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran treler serta runut bunyi filem Orang Perang, semalam.

Ammar berkata, dia menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada mahkamah dan pasukan peguam bagi menentukan kebenaran di sebalik segala dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

“Saya biarkan mahkamah yang uruskan. Saya serahkan kepada undang-undang. Saya ada peguam yang bagus. Nanti akan tahulah hal sebenar.

“Sebab sekarang orang semua cakap bukan-bukan mengenai saya, fitnah saya. Benda yang mereka tak tahu, mereka ingat mereka kenal saya,” ujarnya.

Dakwaan Pukul Wanita Dapat NFA

Dalam pada itu, Ammar turut mendedahkan dia telah menerima keputusan No Further Action (NFA) berhubung dakwaan dirinya memukul wanita berkenaan.

“Dia kata saya pukul dia, saya dapat (keputusan) NFA (No Further Action). Tiada bukti pun. Maknanya saya dah menang dekat situ.

“Kita tengok perbicaraan macam mana. Kemudian dia akan buat permohonan maaf secara terbuka. Itu sahaja yang saya nak daripada dia. Cuma dia tetap degil,” ujarnya.

Pelakon filem Orang Perang itu mengakui sudah tidak mahu terus berdiam diri selepas mendakwa dirinya berdepan pelbagai kecaman dan fitnah sejak sekian lama.

“Dua tahun saya kena hina, difitnah. Jadi sekarang saya nak ambil pendirian tegas. Saya tak nak biarkan lelaki macam saya asyik kena pijak.

“Sekarang saya sudah nekad ambil tindakan. Saya rasa ramai lelaki pun sudah berani untuk melawan jika ditindas,” ulasnya.

Bagaimanapun, Ammar menegaskan dia tidak mahu isu tersebut bertukar menjadi perang emosi di media sosial, sebaliknya memilih untuk berpegang kepada fakta dan membiarkan proses perundangan berjalan.

View this post on Instagram

“Saya biarkan mahkamah uruskan. Alhamdulillah, kawan rapat dan keluarga semuanya bersama saya. Mereka tahu saya macam mana,” katanya.

Lepaskan Tekanan Dengan Bersukan

Mengulas mengenai kesan kontroversi tersebut terhadap dirinya, Ammar berkata dia sudah biasa berdepan kecaman selepas hampir dua dekad berada dalam industri seni.

Menurutnya, dia memilih aktiviti seperti bersenam, sparring dan tinju untuk melepaskan tekanan serta kemarahan.

Pada masa sama, Ammar mendakwa kontroversi tersebut turut memberi kesan kepada ibu bapanya.

“Paling kasihan ibu bapa saya. Dia (wanita terbabit) tak fikir ibu bapa saya, tak fikir mengenai anak saya. Disebabkan tak dapat cinta saya, dia reka cerita buruk,” katanya.

Terdahulu, seorang wanita menerusi hantaran di Instagram mendedahkan beberapa foto yang menunjukkan kecederaan pada bahagian muka, mata, leher dan tangan.

Wanita tersebut mendakwa Ammar merupakan individu yang menyebabkan kecederaan berkenaan selain berkongsi foto bersama pelakon itu sebagai bukti dakwaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sheikh heikla2026-09-05 09:15:18

“Saya Menghidap Kanser Tahap Empat” – Penyanyi Rap Sheikh Haikel Kongsi Khabar Duka, Tetap Mahu Teruskan Kehidupan

The post Pelakon Lelaki Didakwa Pukul Wanita, Dapat Injuksi – “Peguam Saya Bagus, Nanti Akan Tahu Hal Sebenar” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved