
KUALA LUMPUR – Pelakon veteran era 1980-an dan 1990-an, Aziz Abdullah, dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada usia 69 tahun.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan oleh pelakon Zulkifli Ismail menerusi satu hantaran di Facebook.
Aktif Berlakon Era 1980-an Hingga 1990-an
Menurut perkongsian tersebut, nama sebenar Allahyarham ialah Ab Aziz bin Che Abdullah. Sepanjang penglibatannya dalam industri seni, beliau aktif berlakon sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an dan dikenali menerusi watak-watak pendekar.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Pelakon veteran Aziz Abdullah atau nama sebenarnya Ab Aziz bin Che Abdullah telah kembali ke rahmatullah. Allahyarham berusia 69 tahun,” tulis Zulkifli.
Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kenangan buat peminat drama dan filem tempatan, khususnya mereka yang mengikuti perkembangan dunia seni tanah air pada era tersebut.
Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. Al-Fatihah. – The Malaysian Update
The post Pelakon Veteran Aziz Abdullah Kembali Ke Rahmatullah Pada Usia 69 Tahun appeared first on The Malaysian Update.






