
DUNIA hiburan tanah air diselubungi duka menerima berita aktor Kamarool Haji Yusoff atau lebih dikenali sebagai menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi.
Kamarool yang lebih dikenali dengan pengalaman Cik Man dilaporkan meninggal dunia di Hospital Tanah Merah, Kelantan.
Penyampai radio Issey Fazlisyam terdahulu berkongsi khabar pilu itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.

"Allahuakbar. Sebak dan luluhnya rasa. Seniman yang saya sayang dan rapat dengan macam abang sendiri sudah pergi meninggalkan kami.
"Allahuakhbar. Innnalillahiwainnailaihirajiun. Khabar ini dapat tahu dari anaknya sendiri
"Sangat sebak dan ralat apabila saya sekarang berada di Bandung, Indonesia. ALLAH. Al Fatihah untuk kekanda saya Kamarool Haji Yussuf @ Cik Man," titip Issey.
Terdahulu, pelawak Amir Raja Lawak berkongsi keadaan Allahyarham Kamarool ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU) susulan masalah saluran jantung tersumbat.
Allahyarham yang terkenal dengan watak antagonis itu membuat kemunculan sulung membawa watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986.
Empat dekad dalam industri, antara filem lakonan seniman ini ialah Rozana Cinta 87, Cerita Hantu Malaysia, Rock, Rock Oo, Rock Bro!, Mael Totey The Movie dan filem aksi fantasi Abu Si Raksasa.






