Bintang Rock Oo, Cik Man @ Kamarool Yusuf Meninggal Dunia Sebentar Tadi

LocalEntertainment
5 Aug 2026 • 7:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon veteran, Kamarozaman Yusoff atau lebih dikenali sebagai Cik Man dilaporkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di Hospital Tanah Merah, Kelantan kira-kira jam 5.15 petang tadi akibat masalah saluran jantung tersumbat.

Berita pemergian Allahyarham disahkan oleh anak bongsunya, Fakhrol Aliff yang memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital.

Advertisement kyBuletin TV3  

Menurut Fakhrol, dia menerima panggilan daripada kakak sulungnya ketika berada di rumah sebelum bergegas semula ke hospital.

“Saya pulang ke rumah sekejap untuk bersihkan diri dan kira-kira jam 5.15 petang, kakak hubungi meminta segera datang ke hospital kerana abah sudah tidak ada,” katanya.

Fakhrol berkata, bapanya mula mengadu sakit perut sejak beberapa hari lalu sebelum keadaan menjadi semakin serius sehingga terpaksa dibawa ke hospital semalam.

“Abah tak pernah sakit teruk sebelum ini. Tetapi dua tahun lalu, arwah pernah alami serangan jantung. Tetapi, selepas itu keadaannya baik-baik sahaja. Cuma, arwah selalu mengadu sakit perut seperti gastrik.

“Keadaannya semakin teruk semalam apabila dia mengadu sakit perut hingga ke belakang, macam angin. Kami ajak abah ke hospital tapi pada mulanya arwah enggan.

“Namun, disebabkan sudah tidak tahan sangat, semalam, kami bawa abah dapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas doktor mengesan saluran jantungnya tersumbat bagi membolehkan rawatan dijalankan.

Cik Man Kritikal, Kini Ditidurkan Di ICU Akibat Jantung Tersumbat

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Merah, Kelantan pada jam 11 pagi esok.

Kamarozaman mula mencipta nama menerusi watak Farouk dalam filem Gila-Gila Remaja pada tahun 1986 sebelum terus dikenali sebagai Cik Man selepas membintangi filem Rock Oo arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsikan oleh Amir Raja Lawak menerusi satu hantaran di Facebook. – Buletin TV3

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: Bintang Rock Oo, Cik Man @ Kamarool Yusuf Meninggal Dunia Sebentar Tadi2026-08-05 16:32:40

Cik Man Kritikal, Kini Ditidurkan Di ICU Akibat Jantung Tersumbat

The post Bintang Rock Oo, Cik Man @ Kamarool Yusuf Meninggal Dunia Sebentar Tadi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved