Pelan keselamatan baharu KLIA, pintu masuk negara dilaksana serta-merta

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 3:45 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelan keselamatan baharu KLIA, pintu masuk negara dilaksana serta-merta

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini meluluskan pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan keselamatan di pintu masuk negara terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, pelan yang dibentangkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) itu akan dilaksanakan bermula hari ini.

Beliau yang juga Menteri Komunikasi berkata, perincian lanjut mengenai pelan itu bagaimanapun perlu dirujuk kepada KDN kerana terdapat aspek keselamatan yang terlibat.

“Memandangkan ada beberapa perkara melibatkan aspek keselamatan, maka saya minta untuk rujuk kepada Kementerian Dalam Negeri untuk maklumat khusus,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, pelan itu melibatkan keperluan infrastruktur termasuk pemasangan CCTV, mesin pengimbas dan latihan kepada petugas pengendali.

Pelan itu diwujudkan susulan beberapa insiden keselamatan, termasuk penahanan juruterbang Malaysia di Indonesia berkaitan dadah. – UTUSAN

The post Pelan keselamatan baharu KLIA, pintu masuk negara dilaksana serta-merta appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved