Jemaah Menteri lulus pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu masuk negara

LocalPolitics
19 Aug 2026 • 5:49 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Jemaah Menteri lulus pelan komprehensif tambah baik kawalan pintu masuk negara

Jemaah Menteri meluluskan pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan keselamatan di pintu masuk negara untuk tindakan segera berkuat kuasa hari ini.

PUTRAJAYA: Pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan di pintu masuk negara telah diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk tindakan segera bermula hari ini, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pelan berkenaan melibatkan beberapa perkara yang dibentangkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Ya, ada beberapa perkara telah dibentangkan oleh kedua-dua KDN dan juga MOT… memandangkan ada beberapa perkara melibatkan aspek keselamatan maka saya minta untuk rujuk kepada KDN untuk maklumat khusus.

“… tetapi pelan tersebut telah dibentangkan dan diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk tindakan segera bermula hari ini juga,” katanya pada sidang media pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini,

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pelan berkenaan mengambil kira keperluan untuk memperkukuh penyelarasan antara pelbagai agensi supaya tiada lagi pendekatan bekerja secara bersendirian atau “in silo” dalam mengawal pintu masuk negara.

Isu kawalan keselamatan lapangan terbang mendapat perhatian susulan beberapa kes membabitkan rakyat negara ini termasuk penahanan seorang juruterbang Malaysia bersama dengan kira-kira 25 kilogram dadah jenis MDMA di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Indonesia baru-baru ini.

Susulan itu, Jemaah Menteri mengarahkan KDN dan MOT mengemukakan pelan komprehensif bagi menambah baik kawalan keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dalam tempoh dua minggu.

Arahan itu susulan kebimbangan kerajaan terhadap insiden yang boleh menjejaskan imej negara selain menimbulkan persepsi bahawa wujud kelemahan dalam sistem kawalan keselamatan di premis berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved