Sebelum ini, siri cip pemprosesan Intel terbaru, yang diberikan kod nama Arrow Lake dijangka akan diperkenalkan dan mula dijual pada awal bulan Oktober. Akan tetapi, satu laporan daripada laman web teknologi di Hong Kong mengatakan bahawa siri cip pemprosesan tersebut akan ditunda selama seminggu, dan kini akan mula dijual pada 24 Oktober 2024. Tarikh pelancaran sebelum ini dikatakan adalah pada 10 Oktober 2024.
HKEPC melaporkan perkara tersebut, dan hal ini nampaknya telah disahkan oleh beberapa individu yang rapat dengan hal berkaitan Intel yang bersetuju dengan kenyataan tersebut. Buat masa ini, tiada pengumuman yang dilakukan oleh Intel mengenai penundaan ini, dan tiada siapa selain Intel tahu mengapa perkara tersebut berlaku.
Latest news:
The Intel Arrow Lake-S processor release has been delayed by one week to October 24th.
Walaupun begitu, secara rasminya, Intel tidak pernah mengesahkan bilakah siri cip Arrow Lake ini akan dilancarkan, jadi sekiranya tarikh yang tertunda ini adalah benar sekalipun, Intel boleh sahaja menidakkannya jika mereka mahu.
Apa yang kita tahu ialah Intel telah mengesahkan bahawa siri cip Arrow Lake tidak akan terjejas dengan isu voltan sama yang membelenggu siri cip pemprosesan generasi 13 dan 14 sebelum ini yang menyebabkan cip pemprosesan mereka rosak selari dengan kadar masa.
Tetapi mungkin juga dengan ini, kita sudahpun tahu bilakah Intel akan melancarkan cip pemprosesan mereka.
- HKEPC


