Pelancaran iPhone September Ini Akan Kembali Dilakukan Secara Langsung

TechnologyDigital
5 Aug 2026 • 9:48 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pelancaran siri iPhone 18 pada September depan akan kembali dilakukan secara langsung menurut laporan Bloomberg. Disebabkan pandemik pada tahun 2020, pelancaran produk-produk telah dilakukan menerusi video yang telah dirakam terlebih dahulu kerana menghadiri acara secara fizikal dilihat mendatangkan risiko.

Image from: Pelancaran iPhone September Ini Akan Kembali Dilakukan Secara Langsung

Dalam memo yang dilihat, acara akan berlangsung dalam separuh pertama bulan September. Kakitangan Apple Store di Amerika Syarikat boleh meletakkan nama untuk memasuki cabutan untuk bertugas di acara pelancaran yang akan dilakukan kelak. Pekerja yang terpilih akan menguruskan barisan tetamu, proses melaporkan kehadiran, memberikan demo dan pelbagai lagi dengan kos akan ditanggung oleh Apple.

Acara fizikal Apple sebelum ini menjadi ikutan syarikat lain lebih-lebih lagi ketika era Steve Jobs. Demo secara langsung iPod, iPhone dan iPad yang pertama sehingga sekarang menjadi templat bagaimana produk diperlihatkan kepada umum.

Dengan acara dilakukan secara langsung, ia dilihat sebagai langkah pertama CEO baharu Jon Ternus untuk syarikat kembali ke fitrah asal acara Apple yang lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved