Pelancong China meninggal dunia ketika aktiviti selam snokel

5 Oct 2026 • 11:43 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pelancong China meninggal dunia ketika aktiviti selam snokel

SEMPORNA: Seorang pelancong wanita warga China meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menjalankan aktiviti selam snokel di perairan Pulau Pom Pom di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Tan Hiap Wah berkata, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 66 tahun dilaporkan mengadu sukar bernafas sebelum meminta dibawa naik ke bot.

“Apabila berada di atas bot, mangsa yang berasal dari Yunan itu didapati sudah tidak sedarkan diri.

“Mangsa diberikan bantuan pernafasan (CPR), namun tiada tindak balas sebelum dibawa ke Hospital Semporna bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan doktor di Wad Kecemasan Hospital Semporna mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

“Mangsa mempunyai sejarah penyakit asma sejak kira-kira 10 tahun lalu. Kita masih menjalankan siasatan berhubung insiden ini,” katanya.

Tan turut menasihatkan pengusaha pelancongan supaya sentiasa memastikan aspek keselamatan pelancong diberi keutamaan, terutama ketika menjalankan aktiviti air. – UTUSAN

The post Pelancong China meninggal dunia ketika aktiviti selam snokel appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved