Timbalan OCPD Lahad Datu meninggal dunia

LocalHealth & Fitness
4 Oct 2026 • 11:12 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Timbalan OCPD Lahad Datu meninggal dunia

LAHAD DATU – Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau meninggal dunia malam tadi di Kuching Life Care Society, Sarawak, selepas mengalami masalah kesihatan berkaitan hati dan saluran hempedu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan berkata Jimmy, 53, menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam.

“Mendiang merupakan seorang pegawai yang berdedikasi sepanjang menjalankan tugas di Lahad Datu,” katanya.

Beliau berkata mendiang yang berketurunan Iban mendapatkan rawatan di Borneo Medical Centre, Kuching pada 14 Ogos berkaitan masalah kesihatan dihadapinya dan dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut sebelum dibenarkan pulang sehari kemudian dan diberikan cuti sakit hingga 23 Ogos.

“Pada 20 Ogos, mendiang mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak sebelum dimasukkan ke Wad Pembedahan Lelaki bagi pemantauan dan rawatan selanjutnya,” katanya.

Jimmy sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Mukah, Sarawak. – Bernama

The post Timbalan OCPD Lahad Datu meninggal dunia appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved