TAWAU: Kementerian Pelancongan digesa mempertingkatkan hebahan dan memasang lebih banyak papan tanda yang mudah dikenali di Lapangan Terbang Tawau (LTT) untuk kemudahan pengunjung yang tiba di daerah ini.
“Papan tanda yang lebih jelas akan membantu mengingatkan pelancong tentang keperluan mendapatkan cop pengesahan.
“Hal ini bukan sahaja memastikan perjalanan mereka lebih lancar, malah menonjolkan imej Sabah sebagai destinasi mesra pelancong,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong Justin Wong.
Beliau mengulas isu papan tanda tidak mencukupi di LTT ketika kerja-kerja naik taraf sedang dijalankan sehingga menyebabkan ada pelancong terlupa mendapatkan cop pengesahan dan akhirnya ditahan serta dikenakan denda.
“Terdapat kes di mana pelancong yang tiba di Tawau kemudian meneruskan perjalanan ke Semenanjung Malaysia tanpa menyedari bahawa mereka perlu mendapatkan cop pengesahan ketika keluar masuk antara Semenanjung dan Sabah/Sarawak.
“Akibatnya, mereka ditahan serta dikenakan denda,” katanya.
Beliau mendakwa menerima banyak aduan berkaitan isu itu.
“Bayangkan pelancong didenda RM1,000 dan ditahan hanya kerana terlepas pandang.
“Ini merupakan satu tamparan hebat kepada mereka.
“Lebih membimbangkan, pengalaman buruk ini kemudiannya dikongsi di platform media sosial di China, lalu mencetuskan imej negatif terhadap Sabah,” katanya.
Beliau berkata pemandu pelancong, syarikat penerbangan serta bas pelancong juga memberikan peringatan mesra kepada pelancong, selain menambah kakitangan dan papan tanda untuk mengelakkan pelancong terlepas daripada prosedur cop pengesahan.