Pelancong Indonesia Makan Megi Ayam RM15, Netizen Tak Pelik Harga Mahal Sebab…

Entertainment
6 Nov 2023 • 5:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tular baru-baru ini, video menunjukkan seorang pelancong lelaki dari negara seberang, Indonesia membeli makanan di sekitar Bukit Bintang. Apa yang membuatkan netizen terkejut, harga megi ayam yang dibeli olehnya itu berharga RM15.

image is not available

Makan megi Indomie

Pada awalnya, dia sedang berjalan-jalan di sekitar tempat makan berhampiran Bukit Bintang, pada waktu malam. Menurutnya, di kawasan tersebut banyak makanan yang dijual di gerai-gerai namun perlu berhati-hati kerana ada peniaga yang menjual hidangan daging babi.

Sambil berjalan mencari makanan, dia tertarik dengan satu gerai yang menjual megi keluaran negaranya, Indomie. Teruja dengan perkara itu, dia pun membeli hidangan tersebut bersama ayam goreng berharga RM15 serta teh o ais berharga RM4.

Rasa lebih sedap

Dia berkata, rasa megi itu agak berbeza dengan yang ada di Indonesia. Tekstur megi itu juga dikatakan lebih padat dan mungkin disebabkan perencah yang digunakan tidak sama dengan Indomie dari Indonesia.

Lelaki itu juga berpuas hati kerana portion ayam dalam hidangan itu agak besar.

Tak pelik kalau beli dekat situ

Rata-rata netizen pula terkejut dengan harga ‘cekik darah’ megi tersebut. Menurut mereka, harga RM15 dikira mahal untuk hidangan megi Indomie bersama ayam goreng.

Namun, mereka juga tidak hairan makanan yang dijual di Jalan Alor, Bukit Bintang itu agak mahal kerana kawasan tumpuan pelancong asing.

Menyingkap di ruangan balas, ramai netizen bersetuju harga makanan yang dijual di situ memang mahal.

image is not available image is not available

Terkejut min harga sampai RM15!

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.