
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sejak kecil, kita sebagai rakyat Malaysia telah dididik untuk tidak membuang sampah merata-rata demi memastikan kebersihan alam sekitar sentiasa terpelihara.
Ini kerana kebersihan merupakan aspek penting yang perlu diamalkan oleh setiap individu dalam kehidupan seharian.
Namun begitu, masih terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati sehingga menimbulkan pandangan negatif dalam kalangan pelancong luar negara.
Mat saleh beri tanggapan negatif terhadap Semporna kerana penuh sampah
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang pengembara warga Eropah memberikan tanggapan negatif terhadap Semporna, Sabah semasa dia berada di sana.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, pelancong yang dikenali sebagai Ben itu kelihatan tidak senang dengan bau busuk semasa dia melalui sebuah kawasan perumahan atas air yang dipenuhi dengan sampah.
“Kalau awak boleh bau apa yang saya bau sekarang, memang sama teruk seperti yang awak bayangkan. Ada seekor anjing berkeliaran atas timbunan sampah, aduh tempat apa ini.
“Inilah jeti tempat pelancong mulakan perjalanan mereka, saya tak sanggup nak bayangkan keadaan tempat yang kami nak tuju nanti,” katanya.
Mat Saleh dakwa Semporna antara 5 tempat paling kotor yang pernah dia lawati
Dakwanya, Semporna yang juga salah satu kawasan pelancongan terkenal di Malaysia itu merupakan antara lima tempat paling kotor pernah dilawatinya.
Tidak hanya itu, Ben turut menyatakan dia terpaksa memegang botol kosong selama lebih sejam ketika sedang berjalan dengan pasangannya kerana sukar menemui tong sampah.
Dia turut menyifatkan Semporna sebagai bandar terkotor di Asia menerusi tulisan ‘Asia’s dirtiest town’ yang tertera di dalam video dan ditulis di ruangan kapsyen.
Sebagai info, di Semporna terletaknya jeti yang menghubungkan daratan dengan beberapa pulau peranginan bertaraf antarabangsa seperti Pulau Mabul, Mataking Island, Pulau Boheydulang, Pulau Pom-pom dan banyak lagi.
@backpacker_ben Asia’s Dirtiest town! 🇲🇾 #fyp #travel #malaysia #semporna #traveltiktok ♬ original sound – Backpacker Ben
Baca Artikel Berkaitan: Mat Saleh Luah Rasa Kecewa, Persoal Sikap Segelintir Warga Kelantan Buang Sampah Merata [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “LRT Nampak Usang, Banyak Warga Asing” – Pelancong Indonesia Dakwa Malaysia Indah Khabar Dari Rupa




![Warga Emas Sebak Selepas Peniaga Bundle Beri Kasut Percuma Pada Cucu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/lifestyle.jpeg)