
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perkhidmatan p-hailing atau e-hailing sering menjadi pilihan kebanyakan individu sebagai pekerjaan tambahan untuk menjana pendapatan.
Kebiasaannya, pekerjaan di bawah sektor ekonomi gig ini sering dilakukan selepas waktu bekerja atau pada cuti hujung minggu.
Malah, ada yang sanggup menerima pekerjaan itu dan melakukannya ketika orang lain sedang lena diulit mimpi khususnya pada waktu awal pagi dan subuh.
Keadaan ini kadangkala mengundang rasa mengantuk kepada sesetengah pemandu terlibat hingga boleh menganggu prestasi pekerjaan mereka malah memberikan imej negatif kepada pelanggan.
Simpati Pemandu E-Hailing Mengantuk, Penumpang Tawar Bantuan Pandu Sendiri Kereta
Semalam (29 Jun), tular di media sosial tindakan murni pelanggan yang menawarkan bantuan kepada seorang pemandu e-hailing.
Semuanya kerana pemandu itu berasa mengantuk ketika menjalankan tugas pada waktu awal pagi iaitu sekitar subuh.
Perkara tersebut dikongsikan oleh isteri pelanggan itu di TikTok @faraferara ketika suaminya mengambil alih tempat pemandu tersebut
Kongsi wanita yang dikenali sebagai Fara itu, dia dan suaminya bersimpati melihat keadaan pemandu e-hailing yang mengantuk ketika dia membuat tempahan untuk ke lapangan terbang pada waktu Subuh.
Pemandu Ada Berhenti Untuk Rehat, Minta Kebenaran Untuk Tukar Pemandu Sebelum Teruskan Perjalanan
Jelas Fara, pemandu e-hailing tersebut ada berhenti berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan.
Namun, dia akhirnya meminta kebenaran untuk menukar pemandu dek kerana rasa mengantuk yang dialaminya itu.
Suami wanita berkenaan terus mengambil keputusan untuk bangun dari tidur dan membawa kereta tersebut ke lapangan terbang yang mengambil masa satu jam perjalanan.
“Bila naik time subuh. Kesian driver mengantuk. Dia berhenti sekali untuk rehat. Tak lama macam tu dia minta kebenaran untuk tukar sebab mengantuk.
“Suami pun bangun tidur dan offer bawak kereta. Alhamdulillah sampai juga,” katanya.
Malah menerusi video itu juga, kedengaran Fara menasihati pemandu itu agar berehat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.
Walau bagaimanapun, tiada info tepat mengenai destinasi yang dituju pada perkongsian tersebut.
bila naik grab time subuh..kesian driver grab mengantuk.. dia berhenti sekali untuk rehat. xlama macam tu dia minta kebenaran untuk tukar grab sebab mengantuk..husband bangun tido n offer bawak kereta.. alhamdulilahh sampaii juga..
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji Tindakan Pelanggan Tak Kisah Hulur Bantuan
Video yang telah mendapat lebih 291,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan pelanggan itu yang sanggup memilih menghulurkan bantuan berbanding membuat aduan.
Malah, ada yang mendoakan agar urusan kesemua mereka sentiasa dipermudahkan.
Tips Untuk Elak Mengantuk Ketika Memandu
Sekadar info, jika ada yang mengantuk ketika memandu, ini cara ringkas yang boleh digunakan untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika memandu.
Caranya adalah:
- Jangan lebih atau kurang makan sebelum memandu. Makan dengan amaun yang sederhana.
- Jangan memandu dalam keadaan khayal. Ini kerana situasi sebegini boleh melambatkan respon ketika memandu.
- Cari teman memandu yang rajin bersembang.
- Berhenti untuk solat dan rehat
- Pasang radio dan dengar celoteh DJ
- Tetapkan suhu penyaman udara kereta yang sesuai. Ini kerana suhu yang sejuk boleh menyebabkan individu mudah mengantuk.
- Kurangkan pengambilan gula
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Daripada Buat Aduan Dekat Syarikat Perkhidmatan, Dia Tolong Pemandu E-Hailing Tu, Terima Kasih Orang Baik”

“Bagus Abang Pemandu E-Hailing Bagitahu, Jadi Penumpang Boleh Tolong Apa Yang Patut”

“Terima Kasih Kak Jadi Orang Baik, Semoga Dipermudahkan Urusan”

“Nasib Baik Pelanggan Bertimbang Rasa, Daripada Viralkan Cakap Buruk-Buruk Tapi Bertolak Ansur Demi Keselematan Semua”

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu E-Hailing Hairan Pelanggan Minta Hantar Walaupun Jarak Dekat Tapi Terkejut Lepas Tahu Kisah Sebenar [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Rider GrabFood Jujur & Pulangkan Duit Tip RM500 Yang Diterima, Syak Pelanggan Pelupa Serta Kurang Sihat
Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Ingatkan”- Pemandu Grab Beri Nasihat Jangan Lupakan Ibu Bapa Buat Ramai Sebak [Video]
Source:



![Warga Emas Gigih Travel KL-Perak Kerana Terpedaya Video AI, Konon Ada Cable Car Di Pengkalan Hulu [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/technology.jpeg)
![“Nonchalantnya Accident” – Dua Rider Berlanggar Di Simpang Jalan Kerana ‘Fokus Kelaut’ Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/cars.jpeg)