Insiden mengejutkan berlaku di sebuah restoran di Selangor apabila sepasang suami isteri bertindak menyerang dan mengasari seorang peniaga wanita, selepas bertanya tentang harga makanan.
Dalam video yang tular di media sosial, pelanggan wanita terbabit dilihat menarik rambut mangsa dan suaminya menolak mangsa sehingga jatuh.
Kejadian bermula apabila pelanggan wanita itu dipercayai tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa mengenai harga makanan yang dikenakan terhadap mereka.
Situasi menjadi semakin tegang apabila pelanggan wanita mula menjatuhkan barang-barang di gerai mangsa dan melemparkannya ke lantai.
Menurut komen dari seorang netizen, kejadian itu dipercayai berlaku semasa pelanggan lelaki tersebut mahu membayar bil dan isterinya pula bertanya tentang harga makanan yang dikenakan.
Wanita tersebut tidak berpuas hati dengan jawapan mangsa dan mula membuat kekecohan serta memarahi mangsa dengan kata-kata kesat.
Sumber: World of Buzz
The post Pelanggan tarik rambut & tolak peniaga sehingga terjatuh, selepas bertanya tentang harga makanan appeared first on The Reporter.




