Peluang menang tiket percuma pada Sembang Santai bersama Ahmad Zahid.

28 Oct 2026 • 4:43 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Peluang menang tiket percuma pada Sembang Santai bersama Ahmad Zahid.

PUTRAJAYA: Peminat sukan permotoran berpeluang memenangi tiket MotoGP percuma menerusi program Sembang Santai MotoGP bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Program bermula pukul 9 malam itu akan berlangsung di Fifty Seven Coffee, Semenyih, Selangor esok.

Lebih menarik, pelbagai hadiah menarik ditawarkan termasuk cabutan bertuah berupa tiket MotoGP bagi pengunjung yang bertuah.

Penyelaras program berkata, penganjuran ini membuka ruang kepada orang ramai, khususnya peminat MotoGP, untuk berkumpul, berkongsi minat dan berinteraksi dengan Timbalan Perdana Menteri dalam suasana santai.

“Penganjuran ini memberi peluang kepada pengunjung untuk beramah mesra dengan pemimpin negara sambil menikmati pelbagai pengisian yang menggabungkan elemen sukan, hiburan dan kebersamaan masyarakat,” katanya.

Selain sesi sembang santai, program itu turut menampilkan persembahan kumpulan muzik Azlan & The Typewriter bagi memeriahkan acara berkenaan.

Menurutnya, gabungan aktiviti berkenaan dijangka menyemarakkan suasana program selain memberikan pengalaman bermakna kepada pengunjung.

Program itu turut menampilkan inisiatif Sumbangan Kasih sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan, sekali gus membawa mesej keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat.-UTUSAN

The post Peluang menang tiket percuma pada Sembang Santai bersama Ahmad Zahid. appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved