Peluang menangi tiket MotoGP percuma di sembang santai bersama TPM

28 Oct 2026 • 7:30 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Peluang menangi tiket MotoGP percuma di sembang santai bersama TPM

SEMENYIH – Peminat sukan permotoran berpeluang memenangi tiket MotoGP percuma sempena program Sembang Santai MotoGP bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Fifty Seven Coffee di sini esok.

Penyelaras program berkata, acara yang bermula pada jam 8.00 malam itu membuka ruang kepada orang ramai, khususnya peminat MotoGP, untuk berkumpul, berkongsi minat dan berinteraksi dengan Timbalan Perdana Menteri dalam suasana santai.

“Penganjuran ini memberi peluang kepada pengunjung untuk beramah mesra dengan pemimpin negara sambil menikmati pelbagai pengisian yang menggabungkan elemen sukan, hiburan dan kebersamaan masyarakat,” katanya.

Selain sesi sembang santai, persembahan Azlan & The Typewriter bakal menyerikan malam berkenaan, manakala cabutan bertuah menawarkan tiket MotoGP percuma serta pelbagai hadiah menarik.

Menurutnya, gabungan tarikan tersebut dijangka menyemarakkan kemeriahan dan memberikan pengalaman bermakna kepada mereka yang hadir.

Acara itu turut menampilkan Sumbangan Kasih sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan, sekali gus membawa mesej keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat.

Sehubungan itu, beliau menjemput orang ramai hadir bersama keluarga dan rakan-rakan ke Fifty Seven Coffee pada Khamis ini bagi memeriahkan acara berkenaan.

“Jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dengan pemimpin negara dalam suasana santai, menikmati persembahan muzik serta memenangi tiket MotoGP percuma dan hadiah istimewa,” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Peluang menangi tiket MotoGP percuma di sembang santai bersama TPM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved