Sembang santai Zahid tawar tiket MotoGP percuma

28 Oct 2026 • 4:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Sembang santai Zahid tawar tiket MotoGP percuma
Program Sembang Santai MotoGP bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan berlangsung di Fifty Seven Coffee pada Khamis ini.

SEMENYIH - Peminat sukan permotoran berpeluang memenangi tiket MotoGP percuma menerusi program Sembang Santai MotoGP bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Fifty Seven Coffee di sini, Khamis ini.

Program yang bermula jam 8 malam itu turut menampilkan persembahan kumpulan Azlan & The Typewriter serta cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik.

Penyelaras program berkata, acara berkenaan memberi peluang kepada orang ramai, khususnya peminat MotoGP, untuk beramah mesra dengan Ahmad Zahid dalam suasana santai.

Menurutnya, penganjuran itu menggabungkan elemen sukan, hiburan dan kebersamaan masyarakat menerusi pelbagai pengisian menarik.

Selain sesi sembang santai dan persembahan muzik, program itu turut menampilkan Sumbangan Kasih sebagai usaha menyantuni golongan yang memerlukan.

Beliau berkata, gabungan aktiviti berkenaan diharap dapat memberikan pengalaman bermakna kepada pengunjung, selain menyemarakkan minat terhadap sukan permotoran.

Sehubungan itu, orang ramai dijemput hadir bersama keluarga dan rakan-rakan bagi memeriahkan program berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved