Pelumba F1 Singgah Kedai Runcit Kampung Di Langkawi, Siap Beli Air

2 Oct 2026 • 6:24 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Pelumba F1 Singgah Kedai Runcit Kampung Di Langkawi, Siap Beli Air

ULU MELAKA – Beberapa pelumba Formula 1 yang kini berada di Langkawi mencuri perhatian apabila dilihat berbasikal di sekitar kawasan kampung sebelum singgah di sebuah kedai runcit tempatan.

Menerusi hantaran Threads oleh @deardindew, kumpulan pelumba berkenaan dilihat berhenti di sebuah kedai runcit untuk membeli minuman ketika melakukan aktiviti berbasikal.

Singgah Kedai Runcit Kampung

Rakaman yang dikongsikan @deardindew menunjukkan beberapa pelumba lengkap dengan pakaian dan topi keledar berbasikal berada di dalam kedai runcit sambil memilih barangan.

Hantaran tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang terhibur melihat pelumba bertaraf dunia singgah di kedai runcit kampung seperti orang biasa.

Malah, pemilik hantaran turut berseloroh melihat gelagat mereka ketika membeli di kedai berkenaan, termasuk seorang pelumba yang kelihatan seperti sedang mencari ais krim Solero.

Netizen Cadang Jadikan ‘Pit Stop’

Ruangan komen turut dipenuhi gurauan mengenai nama kedai berkenaan yang menggunakan nama Pit Stop.

Ada netizen berseloroh nama tersebut memang sesuai dengan situasi berkenaan kerana pelumba F1 sedang melakukan ‘pit stop’ sebelum meneruskan kayuhan.

Lokasi kedai itu turut dikenal pasti netizen sebagai Pit Stop Mini Mart di Ulu Melaka, Langkawi.

Pemilik kedai juga dicadangkan untuk meletakkan gambar pelumba berkenaan di hadapan kedai sebagai kenangan.

Pelumba F1 Bercuti Di Langkawi

Sebelum menuju ke Sepang, beberapa pelumba F1 mengambil kesempatan meluangkan masa di Langkawi dalam satu program santai dan latihan bersama.

Mereka menghabiskan masa dengan pelbagai aktiviti termasuk berbasikal, mendaki, bermain catur dan karting sebelum meneruskan perjalanan ke Sepang.

Mereka kini berada di Malaysia bagi menghadapi perlumbaan Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober 2026. – The Malaysian Update

The post Pelumba F1 Singgah Kedai Runcit Kampung Di Langkawi, Siap Beli Air appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved