Pemain Badminton China, Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia

1 Jul 2024 • 8:20 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pemain Badminton China, Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia

Pemain badminton dari China, Zhang Zhi Jie, telah meninggal dunia selepas pengsan semasa perlawanan Kejohanan Remaja Asia 2024 yang diadakan di Yogyakarta, Indonesia, pada malam Ahad.

Menurut kenyataan rasmi dari Badminton Asia, Zhang Zhi Jie dipercayai pengsan di lapangan ketika perlawanan antara China dan Jepun sebelum dilarikan ke hospital, dan disahkan meninggal dunia.

“Pemain perseorangan, Zhang Zhi Jie dari Tiongkok, pengsan di atas gelanggang semasa perlawanan segera dikejarkan ke hospital, dan disahkan meninggal dunia pada pukul 23.20 waktu tempatan semalam.

“Zhi Jie sedang bertanding dalam perlawanan peringkat kumpulan menentang Jepun apabila dia rebah. Dia segera dirawat oleh doktor dan pasukan perubatan yang bertugas, lalu dibawa ke hospital dalam masa kurang daripada dua minit dengan ambulans yang telah disediakan,” menurut kenyataan rasmi.

Badminton Asia, Persatuan Badminton Seluruh Indonesia (PBSI) dan Jawatankuasa Penganjur mengucapkan takziah kepada ibu bapa Zhang, keluarganya serta Persatuan Badminton China (CBA).

“Dunia badminton telah kehilangan seorang pemain yang berbakat besar,” tambah kenyataan itu.

image is not available
Sumber: Badminton Asia

Sumber: Badminton Asia via X