Google Perkenal Ciri Berbual Bersama Gemini Menggunakan Suara, Dinamakan Gemini Live

TechnologyDigital
14 Aug 2024 • 2:24 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Google hari ini memperkenalkan sebuah ciri baharu dinamakan Gemini Live, iaitu sokongan berbual dan berkomunikasi dalam bentuk suara bersama Gemini. Pengguna boleh menggunakan sejumlah pilihan suara untuk berkomunikasi, dimana Gemini Live akan mengenal-pasti konteks, serta berbual bersama ia dalam mendapatkan pelbagai maklumat. Secara kasarnya, ia membawa sokongan kecerdasan buatan generatif Gemini, tetapi kini anda boleh lakukan input dan menerima hasil dalam bentuk suara.

image is not available

Selain mengaksesnya dengan mudah, Gemini Live ini turut boleh diaktifkan apabila peranti dalam bentuk skrin tertutup. Namun, buat masa ini, ia hanya ditawarkan dalam mod berbayar untuk pelanggan Gemini Advance, selain terhad kepada komunikasi dalam bahasa Inggeris.

Di Malaysia, langganan Gemini Advance ditawarkan pada harga RM97.99 yang turut hadir bersama storan sebanyak 2TB, dibawah pelan Google One.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved