
Kota Kinabalu: Barisan pemanah Sukan Sabah Kota Kinabalu digesa melakukan yang terbaik pada temasya dwitahunan yang dijadualkan bermula Sabtu ini di Tawau.
Presiden Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu Datuk Ram Singh membuat gesaan tersebut semasa majlis penyerahan bendera dan penyampaian pakaian kepada kontinjen pada Rabu.
Ram berkata mereka akan diwakili oleh 15 anggota terdiri daripada tujuh lelaki dan lapan perempuan yang diketuai tujuh pegawai.
Walaupun terpaksa melupakan Evan Rich Chong dan Quik Chern Xin, yang menerima panggilan kebangsaan, dia yakin mereka mampu mengulangi atau mengatasi jumlah kutipan tujuh emas, dua perak dan tujuh gangsa pada temasya sebelum ini yang diadakan di Ranau.


