Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui kebersihan serta kekemasan di sesuatu tempat boleh mencerminkan imej untuk sesebuah negara.
Oleh itu, orang ramai tidak boleh sewenang-wenangnya mencemari tempat berkenaan dengan sampah mahupun pakaian yang disidai di tepi jalan apatah lagi jika ia kawasan tumpuan pelancong.
Pengguna kongsi pakaian disidai dipercayai di Bukit Bintang
Terbaharu, seorang pengguna di Threads berkongsi foto suasana di sebuah jalan utama di Kuala Lumpur yang dicemari dengan pakaian yang disidai di pagar dan palang.
Menerusi foto yang dikongsikan oleh Inara, pada gambar pertama kelihatan baju dan seluar disidai di pagar berdekatan laluan di salah sebuah kawasan dipercayai di Bukit Bintang.
Sidai baju di palang berdekatan pintu masuk MRT Bukit Bintang
Manakala foto kedua pula kelihatan seluar, tuala serta baju disidai di palang atau tempat pemegang dipercayai berdekatan dengan pintu masuk MRT Bukit Bintang.
Bukan hanya itu, ada juga pakaian yang disidai dipalang berhadapan dengan sebuah pusat membeli-belah di Bukit Bintang yang juga salah satu kawasan tumpuan pelancong.
Malah dia turut mempersoalkan tindakan pantas pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menguruskan perkara lain namun tidak dalam isu remeh seperti ini.
“Nak tanya, apa tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kalau ada baju sidai macam dalam gambar. Apa tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh mengenai pemandangan yang mencacatkan imej negara di mata pelancong luar selaku Menteri Wilayah Persekutuan,” soalnya.
View on Threads
Ramai kurang selesa dana minta buang pakaian disidai dalam tong sampah
Melihat di ruangan komen ramai yang turut kurang selesa apabila pakaian disidai di tempat awam selain turut bersetuju ia merendahkan imej negara.
Bahkan ada yang turut berpendapat orang ramai perlu mengambil tindakan seperti membuangnya ke dalam tong sampah sekiranya berdepan dengan perkara tersebut.
Namun Inara memaklumkan tindakan seperti itu adalah bahaya jika dilakukan apatah lagi oleh seorang wanita.
Ada juga yang mendakwa pakaian-pakaian terbabit mungkin milik gelandangan yang berada di kawasan terbabit dan ada juga berpendapat ia kerana kemasukan warga asing dan sebagainya.
Dalam foto yang dikongsikan turut kelihatan seorang lelaki sedang tidur berdekatan dengan ‘ampaian’ baju berkenaan.
Menerusi semakan kami, belum ada sebarang respon daripada pihak DBKL berhubung isu ini.
“Imej ibu negara nampak murah. Hotspot simpang Bukit Bintang – Pavilion dekat situ banyak pengemis tapi kiosk atau pondok polis pun tak ada”

“Boleh tak kita sebagai rakyat Malaysia ambil baju-baju ni semua dan humban ke dalam tong sampah? Dekat tenga-tengah bandar buat perangai macam ni.”

“Di tong sampah kan”

“Dulu memang gelandangan duduk sini, tak sangka pula sekarang siap sida baju. Tolong lah zaman sekarang tak boleh kesian sangat dah. Dah pula pelancong pandang nanti macam negara lain yang macam ni”







