Suspek bunuh peneroka ditahan dalam kebun sawit, miliki enam rekod jenayah

27 Oct 2026 • 3:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Suspek bunuh peneroka ditahan dalam kebun sawit, miliki enam rekod jenayah

JOHOR BAHRU: Peneroka warga emas yang maut di Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi semalam ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan luka pada bahagian kepala dan kedua-dua belah tangan.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab. Rahaman Arsad berkata, mangsa ditemukan terbaring di tepi jalan pada pukul 7.56 petang.

“Bertindak atas maklumat, suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun berjaya ditahan di kawasan kebun Kelapa Sawit di Kota Tinggi, pada pukul 10.26 pagi, hari ini.

“Polis turut merampas sebuah motosikal dan sebilah kapak yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Ab. Rahaman, semakan lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod kesalahan lampau bersabit kesalahan jenayah dan dadah.

“Sehubungan itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Pengerang bagi mendapatkan permohonan reman, esok. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Motif kejadian masih dalam siasatan. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi atau komen yang boleh mengganggu proses siasatan,” katanya.

Semalam, tular di media sosial melibatkan kejadian seorang peneroka Felda maut dipercayai ditetak menggunakan kapak di kawasan berkenaan.-UTUSAN

The post Suspek bunuh peneroka ditahan dalam kebun sawit, miliki enam rekod jenayah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved