Peneroka Felda maut ditetak dengan kapak

27 Oct 2026 • 10:35 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peneroka Felda maut ditetak dengan kapak
Seorang peneroka maut selepas ditetak dalam kejadian Felda Lok Heng Selatan, di sini, pada Isnin.
Image from: Peneroka Felda maut ditetak dengan kapak
Suspek dilaporkan mengamuk di tepi jalan dan bersenjatakan dipercayai sebilah kapak, menyebabkan penduduk sekitar tidak berani mendekati lokasi kejadian.

KOTA TINGGI – Seorang peneroka maut selepas ditetak dalam kejadian Felda Lok Heng Selatan, di sini, pada Isnin.

Difahamkan, insiden berlaku kira-kira jam 7.30 petang berhampiran kawasan kediaman suspek.

Menurut sumber, suspek dilaporkan mengamuk di tepi jalan dan bersenjatakan dipercayai sebilah kapak, menyebabkan penduduk sekitar tidak berani mendekati lokasi kejadian.

”Kejadian berlaku di tepi jalan dekat rumah suspek. Orang kampung tak berani bertindak kerana suspek memegang kapak dan sedang mengamuk,” katanya.

**media[3690481]**

Menurut sumber itu lagi, selepas bertindak menyerang mangsa, suspek terus melarikan diri dari lokasi menaiki sebuah motosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan hanya akan dikeluarkan esok memandangkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved