Penunggang motosikal maut digilis treler

28 Oct 2026 • 3:32 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Penunggang motosikal maut digilis treler
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan kejadian seorang penunggang motosikal maut digilis treler di Jalan Pintasan Pelabuhan Barat, Klang pada Rabu.

KLANG - Seorang penunggang motosikal maut digilis treler dalam kejadian di Jalan Pintasan Pelabuhan Barat di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 9 pagi itu membabitkan mangsa berusia 37 tahun yang menunggang motosikal bersendirian dari arah Klang menghala ke Pelabuhan Barat.

Menurutnya, siasatan awal mendapati motosikal mangsa melanggar sisi kanan sebuah pacuan empat roda yang ketika itu dipandu di lorong kecemasan.

"Impak pelanggaran menyebabkan mangsa terjatuh ke lorong kanan jalan dan digilis oleh sebuah treler yang berada di laluan bersebelahan.

"Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil untuk membantu siasatan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai penyiasat kes, Inspektor Mohamad Mustakin Najri di talian 012-5826983 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya tidak menggunakan lorong kecemasan sebagai jalan pintas kerana ia adalah laluan kritikal untuk kenderaan bantuan kecemasan.

"Semua pengguna jalan raya diingatkan agar sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya semasa pemanduan," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved